Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5Photo Title 6Photo Title 7Photo Title 8Photo Title 9Photo Title 10Photo Title 11Photo Title 12
 
 
 
 
SD Myracles Beauty:- [Pn. Hatimi (011-2637 8742)-Kota Kinabalu]. [Pn. Daine (016-328 7426)-Bt.Caves/UIA Gombak/Gombak]. [Pn. Sha (019-266 1895)-Ampang/Jerantut]. [Pn. Lyna (012-609 2693)-UPM Serdang/Putrajaya/Banting]. [Pn. Juhaizah (019-988 2531)-Terengganu]. [Pn. Rozita (017-224 4724)-Melaka/Johor]. [Cik Nasha (012-624 5502)-Shah Alam/USJ/Subang/Petaling Jaya/Rawang]. [En. Khairul (012-681 8254)-Petaling Jaya]. [Pn. Zila (012-342 8032)-Cheras]. [Pn. Baharia (016-308 7544)-Cheras]. [Cik Rien (013-758 4493)-Kluang/Permas Jaya/Johor Bahru]. [Pn. Saadiah (016-445 2659)-Ampang]. [Pn. Rose (013-673 7905)-Melaka]. [Cik Natrah (014-515 0267)-Segamat/Pontian]. [Pn. Johara (013-336 3969)-TTDI Jaya/Subang/Shah Alam]. [Pn. Adz Leena (019-276 0012)-Selangor/Johor]. [Pn. Iza (016-253 9422)-Selangor/KL/Kelantan]. || Jom! sertai kami di Myracles Beauty dan bersama membina masa hadapan yang gemilang!.. || GMT+0800 ..... Myracles Beauty. ||
*Letakkan 'cursor' dalam kotak di atas untuk menghentikan pergerakkan.
Hari Ini:

KOLAGEN


Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Ianya adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Ianya adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Perkataan kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau menghasilkan pelekat.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut & kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ dalaman seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.


Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V

¤ Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

¤ Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) dan mata.

¤ Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tise lembut seperti hati, jantung, tulang sum-sum, arteri, kulit, usus dan rahim.

¤ Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

¤ Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

- menghasilkan asid amino penting seperti:
¤ lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
¤ hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang.
¤ glisin - pelembapan kulit.
¤ alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta melambatkan proses penuaan.
¤ arginin - memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
¤ mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
¤ melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
¤ menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
¤ menampung air dalam tubuh.
¤ meningkatkan penyerapan kalsium.
¤ menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
¤ meningkatkan isyarat induksi.
¤ menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

¤ memelihara ketegangan dan keanjalan kulit;
¤ memelihara kelembapan kulit;
¤ menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang;
¤ menguatkan otot dan tulang;
¤ membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin);
¤ memelihara kelenturan sendi;
¤ mengurangkan keradangan (inflammation);
¤ memberi tenaga;
¤ membantu pola tidur; dan
¤ memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protien pada saraf.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurunannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Justeru, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA-TANDA PENUAAN

¤ kulit kusam
¤ tak bermaya
¤ tiada seri
¤ kulit kedut dan mula kendur
¤ pigmentasi kulit
¤ cepat letih dan lesu
¤ sakit badan dan sendi
¤ mudah lupa
¤ kurang penglihatan.


Apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan penggunaan MB Collagen Spray dan MB Collagen Soap?

1) Penggunaan kolagen secara berterusan dapat bertindak ke atas tanda-tanda penuaan. Antaranya melicinkan tanda-tanda garisan dan kedutan di kulit agar nampak tegang dan berseri, meningkatkan keanjalan kulit, menguat dan menyihatkan kuku serta rambut, membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan kenyenyakan tidur.

2) Melembabkan kulit yang kering.

3) Kolagen berfungsi sebagai ejen 'chondroprotective' yang mana ia melindungi 'cartilage' dan cecair 'synovial' bagi membantu mengurangkan masalah dan kesakitan sendi seperti di lutut.

4) Sekiranya kolagen diambil sebelum melakukan senaman atau aktiviti berbentuk fizikal, kolagen dapat memberikan kesan anabolik, iaitu meningkatkan tenaga dan prestasi.

5) Pengambilan kolagen dapat menggalakkan penyerapan asid amino yang penting seperti glysine, proline dan hydroxyproline yang dapat mengurangkan lemak badan. Ia secara positifnya berperanan di dalam pengurusan berat badan.

6) Kolagen mempunyai sifat sebagai anti-beku. Ia boleh mencegah darah dari membeku yang mana dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jantung.

7) Kolagen boleh membantu di dalam masalah yang melibatkan kulit seperti menyembuhkan luka dan kebakaran di badan.

Dapatkan MB Collagen Spray & MB Collagen Soap DI SINI sekarang!

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan / pertanyaan / cadangan / pendapat / testimoni: Sila tinggalkannya di sini. Terima kasih.
- Mr. K™ -