Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5Photo Title 6Photo Title 7Photo Title 8Photo Title 9Photo Title 10Photo Title 11Photo Title 12
 
 
 
 
SD Myracles Beauty:- [Pn. Hatimi (011-2637 8742)-Kota Kinabalu]. [Pn. Daine (016-328 7426)-Bt.Caves/UIA Gombak/Gombak]. [Pn. Sha (019-266 1895)-Ampang/Jerantut]. [Pn. Lyna (012-609 2693)-UPM Serdang/Putrajaya/Banting]. [Pn. Juhaizah (019-988 2531)-Terengganu]. [Pn. Rozita (017-224 4724)-Melaka/Johor]. [Cik Nasha (012-624 5502)-Shah Alam/USJ/Subang/Petaling Jaya/Rawang]. [En. Khairul (012-681 8254)-Petaling Jaya]. [Pn. Zila (012-342 8032)-Cheras]. [Pn. Baharia (016-308 7544)-Cheras]. [Cik Rien (013-758 4493)-Kluang/Permas Jaya/Johor Bahru]. [Pn. Saadiah (016-445 2659)-Ampang]. [Pn. Rose (013-673 7905)-Melaka]. [Cik Natrah (014-515 0267)-Segamat/Pontian]. [Pn. Johara (013-336 3969)-TTDI Jaya/Subang/Shah Alam]. [Pn. Adz Leena (019-276 0012)-Selangor/Johor]. [Pn. Iza (016-253 9422)-Selangor/KL/Kelantan]. || Jom! sertai kami di Myracles Beauty dan bersama membina masa hadapan yang gemilang!.. || GMT+0800 ..... Myracles Beauty. ||
*Letakkan 'cursor' dalam kotak di atas untuk menghentikan pergerakkan.
Hari Ini:

INFO UMUM

BUAH DELIMA

Buah Delima
Buah Delima

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian ke atas tikus makmal menunjukan delima berupaya merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5%. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.

Beberapa kajian menunjukkan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.


Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhluk-Nya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.

Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaan-Nya sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.

Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut.

Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima amat disarankan kepada mereka yang menghidap demam.

Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.

Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakan-Nya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.




LIDAH BUAYA @ ALOE VERA

Daun Lidah Buaya
Aloe Vera

Aloe vera, yang berasal dari Afrika Utara, mempunyai khasiat yang tidak ternilai lebih-lebih lagi dari segi penjagaan kulit. Dedaun aloe vera menghasilkan sejenis gel yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri seperti merawat luka, melembapkan kulit, anti-bakteria dan anti-fungi. Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan di dalam pasu. Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak. Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam (melayu), crocodile tounge (english), salvia (sepanyol) dan lu hui (cina).

Kegunaan & Khasiat Aloe Vera

Antara mineral yang terdapat dalam gel aloe vera adalah seperti protein, sodium, potassium, manganese, calcium, iron dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia memberikan tumbuhan ini ciri-ciri penyembuhan yang berbeza daripada tumbuhan-tumbuhan lain.

Disamping untuk penggunaan luaran, ekstrak aloe vera juga boleh dijadikan jus dan diminum untuk mengubati ulser perut. Kemujaraban herba ini telah pun diguna-pakai dalam pembuatan lotion, minuman, tablet dan ubat salap, yang mana pengguna dapat mendapatkan kelebihan tumbuhan ini dengan lebih mudah dan berkesan.

Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930an. Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic. Selain itu, ia juga digunakan sebagai makanan tambahan (supplement) contohnya seperti:

¤ Membantu proses penghadaman.
¤ Melancarkan perjalanan darah.
¤ Meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
¤ Mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar.
¤ Mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan.
¤ Membantu melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).

Terdapat satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera iaitu acemannan. Bahan ini sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan di rumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala, dahi dan pelipis. Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.

Untuk kegunaan kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut. Ianya boleh gunakan secara terus. Untuk membuat jus aloe vera, kupas bahagian luar daun dan kisar hingga hancur, kemudian campurkan sedikit air.




SARANG BURUNG WALIT @ BURUNG LAYANG-LAYANG

Sarang Burung Walit
Sarang Burung Walit

Sejak dulu lagi, khasiat sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.

Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.

Ekstrak sarang burung walit mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaik-pulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

Khasiat Sarang Burung Walit

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walit ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

Burung Walit




RUMPAI LAUT

Rumpai Laut
Rumpai Laut

Sarang burung laut organik atau rumpai laut (kadang-kadang juga dipanggil rumput laut) merupakan satu anugerah alam yang tidak terperi manfaat dan khasiatnya. Diistilahkan sebagai 'seaweed' dalam Bahasa Inggeris atau 'saghe' dalam loghat Kelantan, ia biasanya boleh didapati di perairan laut yang jernih dan tidak begitu dalam lebih-lebih lagi di kawasan yang terdapat terumbu karang.

Pengenalan Sepintas Lalu

Sarang burung laut organik atau rumpai laut ini amat dikenali di kalangan masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britai dan Amerika serta Asia sejak ribuan tahun yang lalu. Dikenali dengan pelbagai nama seperti 'Seaweed' di Barat, 'Limu' di Hawaii, 'Purple Laver' di Britain dan Japanese Crispy Seaweeddi Asia Timur ini dipanggil sebagai 'rumpai laut', 'rumput laut' atau 'sayur laut', ianya mengandungi khasiat yang amat tinggi yang dikatakan hampir menyamai sarang burung walit @ burung layang-layang.

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan (halal) semulajadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan daun. Sarang burung laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek ditembusi cahaya matahari. Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih, tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.

Istilah rumpai digunakan pada flora ini, lebih tepat lagi ia diistilahkan sebagai sayur-sayuran. Rumpai laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan (vegetarian diet), perubatan, industri kecantikan dan industri lain. Biasanya rumpai laut yang dibungkus 100% secara semulajadi dari laut akan berbau air laut dan mempunyai sisa-sisa garam.

Khasiat dan Manfaatnya

¤ Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
¤ Menguatkan tulang dan sendi.
¤ Meningkatkan sel rawan dan otot.
¤ Merawat penyakit gout.
¤ Mencegah kanser.
¤ Menurunkan tekanan darah tinggi.
¤ Merawat gastrik.
¤ Anti bakteria/kulat.
¤ Merawat anemia.
¤ Menurunkan kolasterol dalam tubuh.
¤ Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh).
¤ Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
¤ Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
¤ Mempercepatkan penyembuhan luka.
¤ Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
¤ Membersihkan tubuh dan reaksi radikal bebas.
¤ Memberi kekenyangan (diet).
¤ Melancarkan sistem metabolisme.
¤ Memulihara usus kecil (sembelit).

Kegunaan Di dalam Bio-Perubatan

Dalam industri bio-perubatan dan farmaseutikal, hasil rumpai laut digunakan pada pembalut luka dan penghasilan acuan pergigian dan ada beberapa bilangan peneparan lain. Dalam pengajian mikrobiologi, agar secara banyak digunakan sebagai perantara kebudayaan. Carrageenans, alginates, dan agaroses (yang ketiga adalah disediakan dari agar melalui penulenan), bersamaan dengan macroalgal polysaccharides lain yang kurang dikenali, juga mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti mustahak biologikal atau penerapan dalam bioubat. Terdapat dakwaan bahawa rumpai laut mempunyai sifat-sifat penyembuhan untuk tuberkolosis, artritis, demam sejuk dan selsema, penyakit cacing dan juga tumor. Sebilangan kajian penyelidikan telah dijalankan untuk menyelidik dakwaan-dakwaan ini dan kesan rumpai laut pada kesihatan manusia.

Sila buat pesanan pembelian anda DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan / pertanyaan / cadangan / pendapat / testimoni: Sila tinggalkannya di sini. Terima kasih.
- Mr. K™ -